1804 :Sultan Ibrahim memberikan daerah Sungai Klang kepada iparnya, Raja Jaáfar Ibni Almarhum Telok Ketapang.
1806 :Raja Jaáfar ibni Almarhum Raja Haji di Klang menggantikan Raja Ali sebagai Yamtuan Muda Riau.
1824 :Laporan John Anderson, pada kurun ke-19; Bandar Klang terletak 20 batu dari kuala Sungai Klang dengan 1500 orang penduduk. Sebanyak 2000 pikul bijih timah telah dibawa keluar dari Sungai Selangor dan Sungai Klang setahun.
1830an :Klang, Lukut dan Langat hasilkan 3600pikul bijih timah setahun, selain itu rotan di Bukit Kemuning dan padi di Kapar.
1850 :Terdapat petempatan kekal orang Rawa di sekitar Sungai Jati, Kampung Jawa di Jalan Kota Raja dan Teluk Pulai.
1853 :Pemerintah Klang, Raja Sulaiman mangkat. Disebabkan Almarhum gagal membuka lombong, ayahandanya, Sultan Muhammad menyerahkan daerah lembahan Sungai Klang kepada adik Raja Jumaát Lukut, Raja Abdullah bin Raja Jaáfar bukan kepada anak Almarhum, Raja Mahdi. Inilah yang menjadi punca pergaduhan di antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah.
1857 :Raja Abdullah dan abangnya, Raja Jumaát membuka lombong bijih timah di Ampang dan menjadikan persimpangan Sungai Klang dengan Sungai Gombak (Kuala Lumpur) sebagai pengkalan.
1859 :Raja Abdullah memberi sebahagian cukai hasil keluaran Klang kepada Sultan Abdul Samad dan sedikit wang kepada Raja Mahdi. Walaubagaimanapun Raja Mahdi masih menganggap seluruh Klang adalah haknya.
Awal 1866 :Raja Mahdi enggan membayar cukai perniagaan candunya dengan mengatakan telah membayarnya kepada pemungut cukai, tetapi Raja Abdullah belum menerimanya lagi lalu bangkit pertengkaran hebat.Suatu hari berlaku pergaduhan antara orang2 Rawa dengan orang Bugis di kubu Dato' Bandar Yasih, Kuala Lumpur. Ketua orang Rawa, Muhammad Akib mengadu kepada Raja Mahdi atas kematian seorang pengikutnya dan akan membantunya berperang dengan Raja Abdullah kerana mendakwa Raja Abdullah gagal menghukum orang yang terlibat dalam pembunuhan itu. Pihak Raja Mahdi berkubu di kota atas bukit di Klang. Pihak Raja Abdullah berkumpul di gudangnya di Klang. Raja Mahdi juga dibantu oleh orang2 Melayu Mendahiling yang diketuai Raja Asal.Sehari sebelum Perang Kelang, Raja Abdullah dan keluarganya ke Melaka meninggalkan anak2nya, Raja Ismail dan Raja Hasan melawan Raja Mahadi.
Pertengahan1866 : Perang Klang menyebabkan ramai orang kampung lari ke Langat. Muhammad Akib ditembak orang Bugis maka adiknya, Nonggok menggantikannya sebagai orang harapan Raja Mahdi. Raja Mahdi menyekat semua barang2 ke gudang Raja Abdullah.
Akhir 1866 :Pihak Raja Abdullah kalah dan Klang ditawan Raja Mahadi. Dengan kapal Gajah Tunggal, Raja Ismail, Tengku Puan Basik dan beberapa orang2nya ke Ketapang, Melaka mengadap Raja Abdullah.Dato' Bandar Yasih dan Menteri Sumun memohon ampun pada Raja Mahdi tapi disuruh bunuh oleh orang2 Batu Bara.
1867 :Sultan Abdul Samad murka kerana Raja Mahdi tidak memberinya hasil cukai Klang lalu diputuskan tunang puterinya, Raja Arfah dengan Raja Mahdi dan mengahwinkannya dengan Tengku Dhiauddin yang dikenali Tengku Kudin dari Kedah.
1868 :Tengku Kudin menjadi "Wakil Yamtuan" negeri Selangor tetapi orang2 besar Selangor menentang Tengku Kudin kerana menganggapnya sebagai orang luar.
1869 :Raja Abdullah mangkat dan dimakamkan di Ketapang, Melaka.Secara senyap di waktu subuh, Raja Ismail dan angkatannya menyerang kubu Raja Mahdi di Kuala Klang. Dan dari situ, dibedil kubu Raja Mahdi di seberang Sungai. Orang Rawa menyerahkan kubu kepada Raja Ismail atas sebab Raja Mahdi telah mungkir janji untuk memberinya kuasa di Klang. Raja Ismail mengepung Raja Mahdi.
1870 :Tengku Kudin datang membawa pasukannya dari Kedah mengalahkan Raja Mahdi. Beliau tinggal di Kota dan memajukan Klang, bina jalan, perusahaan bijih timah dan perniagaan dengan negeri2 Selat. Sultan Abdul Samad serahkan Klang kepada Tengku Kudin.
1872 :Dengan bantuan pembesar2 Melayu, Raja Mahdi menawan Kota Kuala Selangor, Kota Klang dan kawasan strategik sepanjang Sungai Klang tetapi kerajaan Inggeris merampas segala kelengkapan Raja Mahdi di Bengkalis. Tengku Kudin bersama askar2 yang diketuai oleh Van Hagen dan Cavaliero menyerang kubu Raja Asal, pihak Raja Mahdi di Petaling Batu tetapi mengalami kekalahan teruk. Dalam perjalanan Van Hagen, Cavaliero dan askarnya ke Klang, mereka diserang Raja Mahdi dan Cavaliero terbunuh. Van Hagen pula disembelih di Khalayak ramai. Kedua-dua kepala mayat Van Hagen dan Cavaliero diarak beramai2 di Kuala Lumpur, kemudian dipakukan di pintu gerbang Raja Mahdi.
1873 :Pasukan Pahang dengan sokongan Inggeris membantu Tengku Kudin dan Yap Ah Loy mengalahkan pihak Raja Mahdi, Saiyid Mashhor di Kuala Lumpur.
"Menurut Muhammad Ibrahim Munshi pada tahun 1872; kota di atas bukit Pangkalan Batu (kota Raja Abdullah kemudian Raja Mahdi dan kini Tengku Kudin) ialah lebihkurang 300 kaki persegi. Peluru ditanam di bawah tanah. Ada meriam besi dan tembaga dan sebatang bendera jalur merah-putih, berbintang putih. Keadaan askar sepahi dan Melayu tidak terurus. Rumah di Kelang lebih kurang 400 buah dengan penduduknya 3,000orang iaitu orang Melayu, Arab, inggeris, Cina, India Islam, Hindu, Benggali dll. Di bandar Kelang ada deretan rumah2 kedai Cina dan Melayu, simpang, surau, pejabat, penjara, balai polis, rumah sakit semuanya rumah atap dan selebihnya hutan. Ada jalan2 iaitu China Street (di hujungnya ada stesen dan jambatan) King street, Beach Street, Market Street, Wharf Street, Chulia Street, Hopital Street dan Mosque Street dengan lebihkurang 90buah kereta lembu. Keperluan makanan adalah dari Melaka."