Thursday, November 1, 2007

PERJANJIAN BURNEY

Pada hari ini 20.06 dalam tahun 1826 Perjanjian Burney ditandatangani oleh Kerajaan British dan Kerajaan Siam. Kapten Burney yang telah dihantar ke Siam sebagai Wakil Perunding Kerajaan British telah menandatangani perjanjian ini bagi pihak kerajaan British. Perjanjian ini adalah mengenai hubungan Kerajaan British-Siam berhubung dengan taraf dan kedudukan negeri-negeri di Utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Perak, Kelantan dan Trengganu.

Kapten Burney terpaksa menghadapi rundingan-rundingan yang sukar dan menunggu selama enam bulan di Bangkok sehinggalah akhirnya perjanjian ini dipersetujui. Perjanjian ini dibuat dalam bahasa diplomatik yang kabur maksudnya supaya kedua-dua pihak tidak akan berasa ’malu’ memper-setujuinya. Oleh kerana terlalu kabur ia tidak dapat ditafsirkan untuk kepentingan satu-satu pihak sahaja.

Di antara beberapa Artikel yang penting yang telah dipersetujui di dalam pe janjian ini ialah:
*ARTIKEL 1- Kedua-dua Kerajaan bersetuju menjalin tali persahabatan di antara satu sama lain dan bersetuju tidak akan campurtangan atau menceroboh atau menyerang wilayah-wilayah yang takluk di bawah Kerajaan salah satu pihak;

*ARTIKEL X-Rakyat British melainkan yang berbangsa Burma, Pegu atau dari keturunan Eropah adalah bebas berniaga dalam jajahan takluk Siam jika mereka memiliki surat-surat rasmi dari pihak Inggeris;

*ARTIKEL XI-Kerajaan Siam berjanji tidak akan menghalang atau mengganggu perdagangan negeri-negeri di Kelantan dan Trengganu. Pedagang-pedagang Inggeris boleh berniaga dengan bebas di Kelantan dan Trengganu sepertimana dahulu tetapi mereka tidak boleh menyerang atau mengganggu negeri-negeri tersebut;

*ARTIKEL Xill-Kerajaan Inggeris mengakui bahawa pihak Siam akan tetap berada di negeri Kedah dan pihak Inggeris tidak akan menyerang atau mengganggui Kedah, dan tidak berhasrat untuk mengambil Kedah. Eksport barang-barang makanan tidak akan dikenakan cukai. Inggeris juga tidak akan menghalang orang-orang Siam, Cina atau bangsabangsa Asia yang lain yang tinggal di Pulau Pinang untuk menetap di Kedah sekiranya mereka suka;

*ARTIKEL XIV-Kedua-dua pihak bersetuju supaya Sultan Perak memerintah mengikut kehendaknya sendiri, dan kedua-duanya tidak akan menyerang atau mengganggu negeri tersebut. Kerajaan Inggeris ti 'dak akan menghalang Sultan Perak jika baginda ingin menghantar bunga emas kepada Siam. Kedua-dua pihak juga tidak akan menyerang atau mengganggu Perak. Pihak Inggeris tidak akan membenarkan Selangor menyerang atau mengganggui negeri Perak dan manakala pihak Siam pula tidak boleh menyerang negeri Selangor.

Perjanjian Burney 1826 ini tidak disenangi oleh pegawai-pegawai Inggeris di Pulau Pinang terutamanya tentang syarat-syarat yang berkaitan dengan Kedah. Bagaimanapun, Kapt.Burney telah diarahkan oleh Gabenor Fullerton untuk mendapatkan konsesi-konsesi perdagangan di Siam dan menjamin kepentingan-kepentingan perdagangan Inggeris di negeri-negeri Melayu; bukan kepentingan politik.


Treaties and Engagements Affecting the Malay States and Borneo, ed. Sir William George Maxwell (Ch'ef Secretary F.M.S.) and William Sumner Gibson (Legal Adviser F. M.S.), Suffolk L@ine E. C. Jas Truscott & Son Ltd. 1924 hlm. 77-8 1. (Terjemahan-Editor).T
Tan Ding Eing, A Portrait of Malaysia and Singapore, Singapore, Oxford University Press, 1976, hlm. 112-3.