PADA 1 Muharram 1333 bersamaan 19 November 1914, sebuah buku terawal rakaman kisah perjalanan ke Tanah Suci, Mekah telah diterbitkan di Alor Setar. Penulisnya Haji Wan Yahya Wan Mohd. Taib ketika itu berjawatan Pemangku Shahbandar Kedah pernah dilantik sebagai Pegawai Daerah Changloon yang pertama (1898) dan jawatan terakhirnya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kedua (1922-1929). Beliau pernah menghasilkan karya sejarah berjudul "Tareh Atau salasilah Kerajaan Kedah" (1911)
Dalam kata penghantar bukunya yang kedia itu dengan rasa rendah diri beliau menyatakan di samping ceteknya dalam pengetahuan Bahasa Melayu, beliau bukanlah ahli dalam hal karang-mengarang tetapi beliau tetap mencuba dengan berpegang kepada kata-kata syair yang berbunyi "Menyerupai oleh kamu jika tidak seperti mereka itu sekalipun, kerana menyerupai seperti orang yang mulia itu adalah satu kemenangan".
Bukunya setebal 45 halaman memuatkan secara terpeinci pelayaran dan pengalamannya sesudah bertolak dari Alor Setar dengan kapal Darul Aman pada 12 Mei 1914 yang kemudiannya bertukar kapal 'Novia' di Pulau Pinang. Antara tempat-tempat yang disinggahinya termasuklah Colombia, Aden, Port Said dan Kairo dengan mencatatkan sejarah dan geografinya termasuklah Terusan Suez yang dilaluinya. Dari Port Said beliau menaiki keretapi ke Madinah yang kemudiannya ke Mekah dengan unta. Menurutnya setiap tempat dikawal rapi oleh askar Turki kerana Tanah Suci Madinah dan Mekah waktu itu di bawah penguatkuasaan Turki. Buku ini sedikit sebanyak mengisahkan suasana di Timur Tengah dan Tanah Suci dalam masa sedang berlakunya Perang Dunia Pertama.