Saturday, November 3, 2007

Caj tinggi punca manuskrip Melayu tersimpan di Britain.

Berita Harian, 11 Julai 2006

Oleh: Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus manuskrip Melayu lama yang tersimpan di beberapa universiti di Britain gagal dibawa pulang ke negara ini berikutan tindakan orang tengah di London meletakkan harga terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara manuskrip itu ialah surat antara Sir Stamford Raffles dengan British ketika mentadbir Singapura dan surat antara Gabenor Jeneral Farquhar dengan Raffles.
Rais berkata, kerajaan terpaksa berusaha membeli manuskrip itu berikutan undang-undang pemilikan intelek menyatakan secara jelas bahawa ia milik kerajaan British apabila ia dibawa pulang pengkaji Barat ke negara berkenaan ketika menjajah Tanah Melayu.
“Kami berusaha membawanya pulang tetapi harga yang ditawarkan orang tengah langsung tidak masuk akal. Oleh itu, kami tidak jadi membelinya,” katanya selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu anjuran Arkib Negara dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), di sini, semalam.
sama Ketua Pengarah Arkib Negara, Mohamed Zawawi Abdullah dan Ketua Pengarah PNM, Dr Wan Ali Wan Mamat.Seminar dua hari itu mengumpulkan pakar kajian manuskrip Melayu tempatan dan luar negara bagi mewujudkan jaringan strategi antara institusi dan individu dalam dan luar negara untuk meningkatkan penyelidikannya pada masa depan.Rais yang enggan menyatakan orang tengah atau universiti berkenaan menjelaskan, walaupun manuskrip itu tersimpan di beberapa universiti di Eropah, termasuk Universiti Leiden di Belanda, pengkaji manuskrip tempatan masih mampu memilikinya melalui salinan filemnya.
Mengenai pembangunan penyelidikan manuskrip Melayu tempatan, Rais berkata, kementerian menyediakan peruntukan besar bagi membolehkan pengkaji di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meneliti sama ada Islam tiba di Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka atau melalui bukti Batu Bersurat Terengganu.
“Kami sedang berbincang dengan pengkaji tempatan. Kajian ini penting bagi menentukan tarikh sebenar kedatangan Islam di negara ini,” katanya.Ditanya pendapat sesetengah pengkaji manuskrip dan sejarah, terutama melalui Hikayat Merong Mahawangsa bahawa kedatangan Islam bermula di Kedah berikutan beberapa artifak yang ditemui di Lembah Bujang, beliau berkata, kajian itu bakal menentukan kesahihan pendapat berkenaan.Katanya, kajian kedatangan Islam di Melaka dan melalui Batu Bersurat Terengganu bakal membolehkan perbandingan dibuat mengenai pendapat bahawa Islam lebih awal tiba di Kedah.
Rais juga berkata, kementeriannya bakal menyediakan biasiswa khusus untuk penuntut peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang manuskrip Melayu berikutan kekurangan pengkaji bidang Filologi yang menjadi asas kajian berkenaan.

Contoh Tulisan Batak.



Rujukan Katakana Nihon Go.


Rumi Yang Di Jawikan.


Tulisan Romawi Yang Di Siamkan.

Perkembangan Bahasa Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu.

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno,

Bahasa Melayu Klasik dan

Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara.

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu.

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.

Susunan ayat bersifat Melayu.

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas).

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat).

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta).

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).


Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik.

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka.

Zaman kerajaan Acheh.

Zaman kerajaan Johor-Riau.

Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

banyak ayat pasif.

menggunakan bahasa istana.

kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) .

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

ayat songsang.

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.


Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Asal Usul Perkataan Melayu.



Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.


Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.



Asal Usul Bangsa Melayu


Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.