Thursday, November 1, 2007

11.08.1786 - INGGERIS MENGAMBIL PULAU PINANG


Pada hari ini dalam tahun 17861 Francis Light, bekas seorang pegawal Tentera Laut Inggeris yang kemudian bertugas dengan Syarikat Hindia Timur telah mengambil Pulau Pinang. Tindakan Francis Light dan rombongannya ini telah menjadi satu kelegaan dan rahmat kepada Syarikat Hindia Timur dalam usahanya untuk mendapatkan sebuah petempatan dan pelabuhan perdagangan dan pengkalan perang yang sesuai di rantau ini dalam matlamatnya untuk mengawal jalan laut di kawasan Asia Tenggara.

Sultan Abdullah iaitu Sultan Kedah yang berhak ke atas Pulau Pinang telah memberi keizinan baginda kepada Francis Light ini dengan syarat bahawa tentera-tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris hendaklah memberi bantuan senjata dan menentang kuasa lain yang hendak menyerang negeri Kedah. Oleh kerana Francis Light benar-benar inginkan Pulau Pinang maka tanpa mendapat perakuan daripada Ibu Pejabat Syarikat Hindia Timur di India ' beliau telah berjanji dan memberi pengakuan bahawa askar-askar Syarikat Hindia Timur akan menolong baginda Sultan Kedah mempertahankan kedaulatan takhtanya. Bagaimanapun apabila negeri Kedah diserang, Francis Light telah tidak menepati janji dan pengakuannya itu. Sikap curang dan tidak jujur Francis Light ini telah menukarkan Sultan Kedah.

Pada tahun 1791 tentera Sultan Kedah telah cuba menyerang pasukan tentera Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang dalam usaha baginda menghalau keluar Francis Light dan Inggeris dari menduduki pulau itu. Malangnya usaha baginda gagal malahan tentera-tentera negeri Kedah telah tewas. Dengan itu juga pada hari ini dalam tahun 1786 bermulalah pendudukan Inggeris di Pulau Pinang tanpa kerelaan Sultan Kedah. Akhirnya dengan usaha tipu helah, Francis Light telah berjaya mengesahkan hakmilik Inggeris ke atas Pulau Pinang dalam satu perjanjian perdamaian di antara Sultan Kedah dengan beliau pada tahun 1791 apabila tentera negeri Kedah kalah dalam satu lagi percubaan untuk menghalau penjajah Inggeris dari Pulau Pinang.

R. Bonney, Kedah: 1771-1821, OUP, K.L., 1971, m.s. 77.
Kebanyakan buku sejarah mencatatkan 17 Julai 1786, ini sebenarnya salah.

Sebenarnya tindakan Francis Light ini adalah salah dari segi undang-undang kerana surat perjanjian belum lagi ditandatatangani oleh Sultan Kedah dan wakil Kerajaan Inggeris. "Perjanjian 1786" sebenarnya bukanlah satu dokumen perjanjian, ia hanya merupakan butiran dan syarat-syarat yang dikehendaki oleh Sultan Kedah kepada pihak Inggeris. Sebuah buku yang menjadi rujukan penting, Treaties and Engagements oleh W. G. Maxwell and W. S. Gibson mencatatkan hal ini dengan salah. "Agreement with the King of Quedah, for the cession o,f Prince of Wales, in 1786", sedangkan dalam huruf kecil dicatatkan begini: "Conditions reqired by the King of Quedah-Replies of the Gavernor General and Council to the King Qf Quedah demands". Dalam dokumen ini tidak ada pihak yang menandatangani untuk menjadikan dokumen ini satu perjanjian yang sah. Untuk perbincangan lanjut sila lihat, R. Bonney, Kedah