Thursday, November 1, 2007

RUNDINGAN INGGERIS-SIAM

Pada hari ini 31.7.1825, satu rundingan awal telah diadakan di antara kompeni Inggeris dan kerajaan Siam. Kompeni Inggeris telah di wakili oleh Kapten Henry Burney sementara Kerajaan Siam di wakili oleh Raja Ligor.

Tujuan rundingan ini dibuat ialah untuk mencari penyelesaian berkaitan dengan soal perdagangan dan politik yang di hadapi oleh kedua-kedua pihak terutama di negeri-negeri Melayu Utara Kedah, Kelantan dan Perak serta Selangor.

Antara perkara yang menjadi persoalan utama ialah:

Raja Ligor berjanji pihak Kerajaan siam tidak akan menghantar angkatan perangnya ke Perak dan Selangor melalui laut dan isu penyerangan selesai di situ sahaja. Manakala pihak Inggeris pula mengakui tidak bercita-cita untuk menakluki Perak atau campurtangan dalam pentadbiran negeri tersebut; juga berjanji akan menyingkirkan Raja Hassan Selangor dari membuat kekacauan di Perak dan berusaha untuk mendamaikan pertelingkahan antara Selangor dan Ligor.

Pihak Kompeni mengakui tidak bercita-cita untuk campurtangan dalam Kerajaan Kedah walaupun pihak Inggeris berbaik dengan pemerintah negeri itu. Pihak Majlis Pulau Pinang juga berjanji, sekiranya pihak Inggeris menabalkan semula bekas Sultan Kedah, maka dia mestilah menghantar bunga emas tiga tahun sekali dan wang $4,000 setiap tahun ke Bangkok. Sebaliknya jika Sultan Kedah ditabalkan semula oleh pihak Kerajaan Siam, maka pihak Siam akan menggugurkan tuntutan nya dan tidak akan menyerang Kedah sama ada dari laut ataupun darat.

Kedua-kedua belah pihak juga bersetuju untuk saling bantu membantu dalam menghapuskan keganasan lanun berunding untuk perjanjian perdagangan di Bangkok.

Rundingan ini penting kerana bermula dari rundingan awal yang diadakan pada hari ini, satu perjanjian penting iaitu perjanjian Burney tidak di tandatangani setahun kemudian (1826 ) oleh kedua-kedua pihak. Perjanjian Burney telah mengubah corak perjalanan sejarah di rantau ini.